05 September 2010

Apabila Lelaki Yang Diamanahkan Itu L.A.L.A.I..

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah.. masih diberi peluang meneruskan hari-hari terakhir ramadhan. Semoga kita tergolong di kalangan hambaNya yang mendapat rahmat, maghfirah dan bebas dari neraka Allah. Sedikit perkongsian berkaitan 4 golongan yang lelaki yang akan ditarik masuk ke neraka oleh wanita. Lelaki itu adalah mereka yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga amanah itu. Mereka ialah:

1. AYAH

Apabila seseorang ayah tidak mempedulikan anak-anak perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat. Maka dia akan ditarik oleh anaknya ke neraka.

Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah keadaan anak perempuanmu sekarang? Adakah kau mengajarnya bersolat dan berpuasa?...menutup aurat?...pengetahuan agama?...Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.

2. SUAMI

Apabila suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri untuk pandangan lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun seorang yang alim, solat tidak pernah bertangguh, puasa tidak tinggal, dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke neraka. 

Duhai lelaki bergelar suami, bagaimana keadaan isteri tercintamu sekarang? Dimanakah dia? Bagaimanakah akhlaknya? Jika kau tidak menjaganya mengikut ketetapan syariat, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati dengannya di 'taman' neraka.

3. ABANG

Apabila ayah sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam, tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.
 
Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, jangan ingat kau terlepas, kau juga akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak...jika membiarkan adik perempuanmu bergelumang dengan maksiat...dan tidak menutup aurat.

4. ANAK LELAKI

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu berkaitan kelakuan yang haram disisi Islam, bila ibu membuat kemungkaran; mengumpat, memfitnah, mengata... Maka anak itu akan di soal dan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak... dan nantikan tarikan ibumu ke neraka.

Duhai anak-anak lelaki, sayangilah ibumu...nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa..

Tiada ulasan: